Monday, 17 February 2014

Assalamualaikum and good morning...

Just nak share tips untuk menulis refleksi yang ringkas dan berilmiah. Download dpd blogger zulsophistsaidi (Terima kasih atas ilmu tersebut....)

Jenis-jenis Penulisan Refleksi:
Penulisan Deskriptif
Refleksi Deskriptif
Refleksi Dialog
Refleksi Kritikal

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah seperti falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.

Maklumat lanjut boleh pergi ke blog tersebut.


No comments:

Post a Comment