Wednesday 30 April 2014

Last monday buat Dr Norasykin mengajar mengenai action script.

Thank you Dr. Interesting...

Friday 18 April 2014

Hi....
Akhirnya..... Assignment flash with animation..
Matahari terbenam, burung terbang.....:)


Wednesday 2 April 2014

Assignment asp n php

Hi..
Dah lama tak buat entry..... kena kejar baru nak buat.
Assignment asp n php dah upload. itu pun kena kejar dengan vicki.. hhehe
Static lum lagi.. :(

Monday 3 March 2014

Good evening..
Today's lesson aduuihh... panas CPU kepala.. dah lost half way especially when IIS's not installed on pc yet.. It was very interesting topic for today but since dah lost half way, going to do the exercise again..and again... and again.....

Monday 24 February 2014

Dreamweaver....???

Have heard about it but never used b4. It's very interesting and useful web development tool....
I can conclude that Dreamweaver is a WYSIWYG. What You See Is What You Get as I can see the changes on the fly... 
Also thanks to Dr Norasykin, vicky, jieja for your consistenly approach...

Oppss... Asssigments ( overall understanding on ASP and PHP, read abt AJX) that given by Prof Zaidatun will be answered on my next entry. IIS already installed.. Prof....:)

Salam....



Tuesday 18 February 2014

Assalam...
Homework yang Prof Zaidatun minta. Perbezaan dpd articles yang diberi.
Manakala di bawah pula terjemahan dalam bahasa. 

DIFFERENCE BETWEEN ASP AND PHP
ASP
VS
PHP
Works with Windows-based platform
Runs in Windows, Solaris, Unix, Linux
Similar to the syntax and interface of Visual basic
Uses C/C++ as base language
Need to purchase some components
No cost in order to work
Costly as we need to purchase MS-SQL
Much flexible in terms of database connectivity
Needs additional tools to work with its program
Mostly open source software

Perbezaan antara ASP dan PHP. 

Kos 

Untuk menjalankan program ASP seseorang itu perlu memasang IIS di dalam server berplatform Windows yang sememangnya tidak percuma. Berbeza dengan program PHP yang dijalankan di platform Linux, sistem operasi dari sumber terbuka dan ia adalah percuma. Sementara pengkalan data yang digunakan untuk berinteraktif, ASP lebih mahal kerana ia menggunakan MS-SQL atau Microsoft Access (kedua-duanya produk komersial Microsoft) yang perlu dibeli dengan kos yang agak tinggi. PHP menggunakan MySQL, yang boleh diperolehi secara percuma. 

Kelajuan 

Jika kita membandingkan kelajuan ASP dan PHP, PHP nampaknya berjaya mengatasi ASP. Kod PHP dijanakan lebih pantas dari kod ASP. ASP dibina dengan akitektur berasaskan COM, yang merupakan satu lagi kos tambahan kepada server sedangkan kod PHP dilaksanakan pada ruang memorinya yang tersendiri. 

Keserasian Platform 

Program PHP boleh dijalankan dipelbagai platform seperti Linux, Unix, Windows dan Solaris manakala ASP hanya di platform Windows. Walau bagaimanapun, akhirnya Microsoft terpaksa akur dan memperkenalkan ASP-Apache dipasang di server bagi membolehkan kod ASP dilaksanakan. 

Kos Tambahan 

Kebanyakan peralatan di dalam PHP adalah percuma kerana PHP adalah sumber terbuka dan banyak kodnya boleh ditemui di pelbagai site. PHP mempunyai ciri terpasang seperti ftp, email dari lamanweb, malah mekanisma encryption, tetapi di dalam ASP ciri-ciri tersebut tidak sedia terpasang beberpaa komponen tambahan diperlukan . Justeru itu, tambahan komponen ini merupakan satu lagi tambahan kos. 

Bahasa Asas

PHP di asaskan kepada bahasa C++ dan sintaks yang digunakan di dalam PHP hampir menyamai C/C++. C/C++ merupakan bahasa pemprogramman terbaik dan tentunya PHP lebih mesra-programmer. ASP pula mengandungi sintaks yang lebih mirip kepada Visual Basic (yang juga merupakan produk komersial Microsoft). 

Sambungan Pengkalan Data 

PHP, yang amat fleksibel, boleh disambungkan kepada pelbagai jenis pengkalan data, yang paling popular ialah MySQL. ASP menggunakan MS-SQL dan Microsoft Access. 

Rumusan 

Kedua-dua bahasa mempunya keistimewaan yang tertentu kepada pengguna yang tertentu pula. Ada yang beralasan menyatakan bahawa kedua-dua bahasa mempunyai darjah kepentingan masing-masing yang bergantung kepada keperluan seseorang pengguna serta pemakaian platform yang dipilih. Jika kita membicarakan misalnya pembinaan satu site forum, maka ASP tidak kurang juga hebatnya dengan PHP, tetapi ramai pula meletakkan PHP lebih baik dari ASP. Jika seseorang pengguna merancang membina aplikasi e-commerce, maka ASP adalah pilihan yang ideal. Ini tidak bererti PHP tidak mampu memberikan penyelesaian yang baik terhadap aplikasi e-commerce, tetapi adalah kerana ramai yang telah memilih ASP dengan sebab-sebab yang merlukan lebih banyak kajian dan penyelidikan.


Terjemahan bahasa Melayu tersebut dipetik dari sumber ini iaitu blog ZUL W3C. Terima kasih.. 

Monday 17 February 2014

Assalamualaikum  dan salam sejahtera

Semalam adalah kali ke 2, kelas MPT 1193. Prof Dr. Zaidatun Tasir bersama Dr Norasykin Zaid.

Masuk kelas ni banyak belajar perkara baru. Perbezaan programming, authoring, static, dynamic html..dan byk la lagi..
Ada juga yang dah belajar tapi dah tak ingat. Bila Prof sebut baru lah recall balik memori yang dah berkarat ni. Kenapa ianya terjadi? Why? Why? and Why? ( ni fav. questions lecturers include my SV   )
Sbb : Menurut Briner, M. (1999) pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. 
..... So kesimpulannya.....kena la buat...baru ingat...baru paham....(Nak ingatkan diri sendiri..)
Lepas ni kena la aktifkan FB....

Anyway Thanx Prof Zaidatun and Dr. Sykin.